20.11.10

MEDITATE (TAFAKUR) UNTUK KESEMPURNAAN DIRI

Bila Kak Ma tengok pada statistik post, Kak Ma lihat ramai yg minat pada penjelasan untuk kesempurnaan  diri . Untuk itu Kak Ma akan beri penerangan yg lebih detail berkaitan Diri.
Lambang2 Cinta (heartshape) pada diri adalah tujuan Allah mengingatkan kita, betapa pentingnya dalam apa pun keadaan supaya kembali kepada rasa kasih sayang, cuma perasaan ini harus ada dlm diri kita. Buangkan rasa marah,bangga diri, syak, dengki, Bukan senang....maka mari kita pelajari untuk memperbaiki diri bersama, jom bersama2 dan jika ada lg cara2 yg mudah untuk mendapat feel ini, boleh tak berikan feedback atau comment? Jika post Kak Ma panjang, dibawah ada sambungan iaitu' readmore' (perkataan ini kadang2 hidden).
 Untuk mendapat feel ini, cuba bayangkan lambang2 love pada tubuh kita.(Ada KakMa jelaskan mengenai lambang2 ini dipost terdahulu).Perhatikan ,dlm. kedudukan bersila ( lipatan kedua kaki, kedua lutut hingga kepunggung juga menunjukkan lambang ini). Pejam mata, rasai perasaan sayang yg teramat sangat, kasih yg membahagiakan (cari  siapa yg membahagiakan anda buat masa ini) , dan beri tumpuan, fokus kepada perasaan ini,bukan wajah orang yg kita sayangi itu. Penuhi diri, disetiap lambang2 ditubuh, juga dihati, dengan feel ini. Tumpuan kita sekarang ini hanya kepada perasaan ini !! Fikiran,kata2 dihati, gambaran, akan datang tapi biarkan ianya berlalu dan beri tumpuan,fokus (meditate)  cuma kepada perasaan ini.Perasaan bahagia penuh kecintaan, kasih sayang, rindu, akan dirasa dan semakin bertambah sehingga menggetarkan sanubari. Perasaan ini akan menenangkan minda. Minda ibarat lilin, perasaan ibarat warna dan warna ini  akan meresap ke dalam lilin. Lilin akan berwarna mengikut warna yg diserapinya. Ini bermaksud minda akan menyerap apa2 perasaan yg kita rasai.Jika positif maka minda akan menyatakan gambaran yg positif kepada diri, begitulah sebaliknya.Gambaran pada minda kita yg mengakibatkan kita mendapat atau perolehi sesuatu. Jika kuat perasaan (keupayaan memilih positif atau negatif) kita, maka itu yg akan menjadi  perjalanan hidup,taqdir atau qadha kita. Seringkali setiap yg positif (yg dihantar Allah, kehendak Allah) akan berpasangan dengan yg negatif (dari diri kita, perasaan selain dari kasih sayang), dan diserapi minda. Qadha bergantung kepada Qadar (keupayaan, bakat) dan Qadha yg terjadi adalah dengan perintah Allah tetapi atas pilihan diri yg bergantung atas keupayaan iaitu Qadar. Kehendak (iradat) adalah dari Allah tapi pilihan adalah dari kita sendiri. Fahami ini......setiap yg baik dari Allah dan yg buruk dari diri sendiri.. maka ada kata2 yg memang boleh dipakai iaitu ~   Hati Mau Baik,  be.........entah, be itu maksudnya ape ek??
 Untuk meditate (fokus) pada perasaan ini, tidak perlu duduk menegak aje, tapi dalam posisi bagaimana pun boleh asalkan selesa. Bila2 waktu asalkan tak ada yg distract tumpuan. Maka carilah feel ini dan pada
pendapat Kak Ma, Kaum Hawa mudah perolehi perasaan ini. Kerana perasaan ini adalah anugerah Allah bagi kaum Hawa yg sememangnya telah Allah tempatkan RahiimNya (seluruh tumpuan KecintaanNya), iaitu tempat yg mengandungi (peranakan atau uterus) para kekasihNya(setiap insan), yg bakal dilahirkan ke alam ini.  Sebab itu dikatakan Hawa mempunyai EQ dan Adam IQ, namun perlu dikawal supaya menjadi Emotional Spiritual Intelligence. Perlu juga ingat, kita sebagai khalifah, semuanya sama (penyebar kasih sayang) tapi masing2 ada peranan yg berbeza2.Anda menjadi guru, maka sebarkan lah kasih Allah melalui cara anda mengajar. Anda menjadi doktor, maka rawatilah setiap insan dengan ihsan dan saksama tanpa mengira bangsa. Mengenai religion atau agama (kepercayaan) akan Kak Ma bincang dalam bab lain. Tapi disini Kak Ma minta jangan ada perbandingan atau pilih kasih terhadap sesama insan. Mungkin yg kafir akan menjadi lebih muslim dari kita yg dilahirkan muslim.Peranan apa pun kita pegang dan diamanahkan, sebarkan lah Kasih Sayang Allah !!!! Mari, mari kita raikan Cinta...dan Rahsia Allah masih belum disingkap sepenuhnya. Insyaallah, Allah Maha Pemberi, .......tunggu berita dari Kak Ma. Jika kita guna EQ dan seterusnya SQ apa akan kita perolehi dan menafaatnya .??.......Haaa, gali2, gali lubang !!!


15.11.10

PINTU RAHSIA YG TERSINGKAP

Dengan izin Allah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih, maka akan Kak Ma bukakan pintu rahsia ini dan permudahkan jalan bagi rakan2 seislam menempuh jinjang kebahagiaan yg Allah sentiasa menanti untuk kita cari. Bilamana bertemu jalan ini maka tersingkaplah akan rahsia diri. Insyaallah.
Islam ~ Penyerahan Diri kpd Khaliq,     Tuhan (Ilah)~ Kekuasaan Yg Mutlak,   Allah (Nama Tuhan)  ~ Pengertian Kepada 99 Nama Yg Terpuji Tetapi Menyatakan Satu Kualiti yg Agung iaitu Maha Pengasih,   Iman ~ 3 Tingkatan Yg perlu diperteguhkan iaitu dari Percaya,ke tingkat Yakin dan  seterus nya kepada kePastian.  Muslim ~  Yg Diberi Cahaya,        Muhammad ~ Permulaan ciptaan iaitu Ahmad ( dicipta Allah dari CahayaNya sendiri iaitu AHAD atau Ketunggalan atau Wahid dan menjadi AHMAD. Mim dalam Ahmad adalah kesempurnaan dari kualiti2 Allah dan pada mim ini Allah melihat kesempurnaanNya sendiri iaitu sifat PengasihNya Allah. Untuk melihat kasih sayangNya tersebar maka cahaya2 atau ruh2 insan diciptaNya dari  AHMAD. Dari Adam, Hawa sehingga kepada setiap nabi2, mempunyai, memiliki cahaya ini iaitu Ahmad namun Muhammad adalah AHMAD tanpa MIM kerana Mim adalah Muhammad sendiri yg diturunkan Allah sebagai pembawa , pemberi dan pembimbing iaitu Rasullullah (pembawa berita mengenai Allah). Dia adalah dari AHAD dan mempunyai kesempurnaan sifat Allah.Kerana kesempurnaan ini, hanya melalui jejak Muhammad sahaja dapat kita kenali Allah .Maka Insan Al Kamil(sempurna) adalah Nabi Muhammad saw iaitu Ruhul Qudus, Cahaya Illahi, yg berada pada setiap insan sejak azali, sejak adam , hawa dan walaupun Nabi Muhammad sebagai nabi telah wafat ,' dia' menyertai, diri setiap insan, menunggu para pencari, para pencinta Allah untuk disampaikan atau dibimbing kepada kesempurnaan.Sebab itu lah jua ,dia bukan sekadar nabi tapi seorang Rasul juga Mim yg harus kita cari dalam diri kita sendiri.Inilah istimewa nya Rasullullah  dan istimewanya setiap insan yg memiliki cahayanya biarpun muslim atau pun kafir .Setiap nabi adalah pemberi pertunjuk, namun untuk membimbing kepada kesempurnaan hanya Rasullullah. 

13.11.10

BIRTHDAY KU ~ 10TH NOV.

Uzayr (cucuku) Hepi ngn Bunga2 !!!
  54 Tahun sudah!! Lot's of Ups and Down. Tapi.....semuanya mengajar ku erti kehidupan dan kini ku rasai ......apa yg ku semai, aku sedang menuai.
Hepi giler (ayat anak2ku: hepi giler, busan giler, sakit giler, syok giler, giler, giler..jgn jadi gila udah..hehe). Yeah, anak2 dan hubby remember this day...hari aku menjengok dunia!!!!. Mak,  terima kasih....halalkan susu mak, susah payah mak ngandungkan cek dan perit nya mak melahirkan cek (songsang ~ Frank Breech (punggong keluar dulu), retained placenta (sangkut uri) dan akhirnya Aku anak tunggal.Mak..) hmm, cian mak lalui semua ini. Hanya kasih yg dapat cek berikan, tulus dari hati.!
On this happy occasion, Kak Ma received a bouquet of roses frm hubby, and a bouquet of sunflowers from my eldest daughter, her hubby and my grandson, and something that I always wanted ~ an external hard disc ~  from my eldest, second and third daughters (share beli) and a yummy mocca cake !!!! Greeting kad pun ada..  Terima Kasih  suamiku, anak2ku, Terima Kasih Allah....kami  meraikan CINTA MU.

8.11.10

INI BUKAN TIIIIIIIIIIPU, INI BETUL PUNYA

   Hmm....camtu lah kita ni! Semuanya kena ada depan mata, boleh kita nampak dengan' mata kepala' kita , baru nak percaya. Itulah sebabnya Allah memperlihatkan wajahNya, identitiNya (itu pun ada yg tak nampak) untuk kita renungi dan cari apa yg dikehendaki Allah. Apakah teka teki, rahsia, persoalan yg perlu kita cari jawapannya kerana kebaikan dari hasilnya ,kita sendiri akan tuai.Benefit adalah untuk kita.
Tahu tak anda ? Nii mesti kata" tau!!" niih,,....waa caaii..(belum tanya dah tahu), prinsip cina, semua pun tauuu.Tanya lah pada orng Cina, semuanya,waa caaii. Kak Ma pasti, sebab mak Kak Ma bangsa Cina(now a muslim) , nenek Kak Ma cina ( died as a Muslim), tok wan Kak Ma cina (tapi tak sempat jadi muslim).
Disini, diblog ini, penerangan Kak Ma adalah bab Tasauf. Tapi tak nak Kak Ma ajar yg berat2 kerana fahamannya nanti berbeza2. Tasauf adalah ilmu mengenali siapa diri ( siapa kenal dirinya akan kenal Allah),kenapa disini, apa kehendak Allah, apa hubungan diri dengan Rasullullah (penyampai berita mengenai Allah). Ia berkaitan bathin atau rohani. Rohani ibarat isi, bila kulit dikupas, kita merasai isi, maka tahulah akan kita keseluruhan buah itu.Rohani adalah Ilmu Hakikat ~ Haq ataupun Kebenaran.
Ilmu Fiqh (ibarat kulit) adalah syariat atau undang2 dalam Islam.Nikah,cerai,tuntutan,hak2,juga Rukun Islam yg diperintahkan,apa yg membatalkan dan yg perlu dilakukan.(Adab & tertib & Ehsan). Syariat2 ibarat kulit yg perlu diperbaiki,dipelihara dan percantikan kerana kulit yg buruk akan menghasilkan keseluruhan buah yg busuk. Kerana inilah pentingnya kita mendalami kedua2 ilmu , supaya syariat2 yg dikerjakan akan memberi rasa kemanisan kerana disertai pengetahuan rohani.Inilah yg akan membawa kepada kekhusyukan dlm. mengerjakan kelima lima Rukun Islam juga tahu kenapa perlu ada aqad dlm pernikahan, kenapa satu lafas dlm aqad dan jika terputus  maka tidak sah.Ilmu fiqh mudah dipelajari namun Ilmu tasauf tersilap belajar akan merosakan aqidah. Syariat adalah Simbolik ~ Pertunjuk kpd Hakikat.
Allah jua Maha Pengasih, Dia tidak tinggal kita dlm kegelapan. Tidak semestinya Ilmu Tasauf mengajar kita  untuk meninggalkan hal2 duniawi dan menganggap dunia ini kosong dan tidak pentingkan kebendaan.Di atas dunia ini Allah sudah perlihatkan tanda2 kebesaran dan kekuasaanNya. Keagungan Allah adalah CintaNya , PengasihNya  dan PemurahNya Dia.Banyak yg Allah berikan kenikmatan untuk kita ,semua kerana CintaNya. Dan kita seharusnya menyebarkan Kecintaan ini dengan saling memberi dan menerima dengan kemurahan hati atas dasar kasih sayang.Kerana itu setelah kita menerima, kita sering melafaskan, "TERIMA KASIH ". Sebabnya.... pemberian itu seharusnya atas dasar Kasih!!!. Memberi kerana Kasih dan menerima kerana Kasih. Haaa...sebab itu Kak Ma kata " Ini Bukan Tiiiiipu, Ini Betul Punya. Kebendaan pun kena cari, supaya kita dapat memberi, boleh lah kita jadi  Pemurah dan dapatlah meRaikan Cinta Allah di dunia ini, kerana.... ianya amal jariah (ibadah) yg diberkati  bila disertai  HATI. Itulah sebabnya untuk melakukan sesuatu kena ada niat..'.Kerana Allah',...... bilamana disebut ALLAH ingat akan identitinya sebagai Pengasih iaitu kerana Kasih Sayang. Dengan IzinNya Kak Ma sudah Habaq ( beritahu dan memperjelaskan). Alhamdulillah !!!!

PENGERTIAN/MAKSUD 'WAJAH' ALLAH

Banyak kali Kak Ma sebut lambang Hati sebagai wajah Allah. Maaf ya, Wajah Allah sememangnya tidak diperlihatkan di alam ini.!Wajah disini bukan paras rupa tetapi identiti atau pengenalan kepada Allah. Allah mezahirkan lambang2 ini untuk menyatakan betapa Pengasihnya Dia, dan juga menuntut  agar setiap insan berusaha untuk mempunyai sifat ini dan membuang sifat2 keji. Dlm apa keadaan pun berpatah balik kpd hati dan merasai apa yg harus ada pada diri.Kepuasan dlm. memberi dan menerima kasih sayang atau kepuasan memberi dan menerima kekejaman? Apa yg diberi dan sebagaimana dilakukan, itu yg akan berpatah balik kepada kita. Niat kita kena betul, sebenarnya perasaan , feel kita ketika itu.Feeling iaitu emosi sebenarnya banyak  memberi impact pada diri kita.Feeling atau rasa kasih sayang yg bahagia pasti membuat kita tenang dan menjadikan kita periang ,ceria dan hidup ini terasa lebih meaningful.

5.11.10

THANK YOU ALLAH !!!!

                           TERIMA LAH ~ KASIH ANUGERAH ALLAH !!! (Nampak tak bentuk' HATI' pada kedua tapak tangan ? ~ bukan hati yg merah tu tp pada kedua tapak tangan yg dlm keadaan berdoa )  Maka pilih lah !!!! Terpulang kepada Mu!  Sekiranya kita perhatikan betul2,terdapat juga lakaran Rahiim (tempat peranakan atau uterus  dlm. kedua tapak tangan  ~ maka carilah lakaran ini, dan renung2kan pengertian nya ) Tiada apa yg sia2 dlm. perbuatan Allah !! Berdoa lah kita seolah2 berada dlm Rahiim ibu iaitu merasai kasihnya Allah dan berserah kepadaNya. Itulah sebenar gambaran Hati yg Allah perlihatkan ditubuh kita sendiri, bilamana tertanggalnya ego, yg tinggal hanya kasih sayang maka jadilah kita sebagai khalifah ataupun pengganti sebagai mana Allah tuntuti. Mata akan memandang dengan kasih, mulut akan berkata2 perkataan yg tidak menyakiti hati insan lain,huluran dari tangan yg memberi dengan keikhlasan, kaki melangkah kejalan keberkatan,penyatuan adam dan hawa atas landasan kasih yg suci,lahirnya bayi dari benih hasil titipan cinta yg telah dibelai dari kasih sayang Allah didalam RahiimNya(Pengasihnya) Dia. Maka perjalanan hidup ini semuanya berkenaan kasih dan sayang. Raikanlah Cinta !!!!

PILIHAN YG TEPAT. THANK YOU ALLAH !!

                          .  BERKEMBANG, SEGAR ~   (JANTUNG YG HIDUP)
        TANGAN YG TERBUKA ( MENERIMA DAN MEMBERI  ~DENGAN KASIH)

NAK PILIH YANG INI??

                 BERDOA BEGINI , LAMBANG HATI YG SAKIT (JANTUNG DLM KEADAAN COMPRESS , SQUEEZE ATAUPUN TERTEKAN)

PILIHLAH YG MANA SATU ~ TERPULANG PADA MU

 CARA KITA BERDOA PUN, JELAS MENUNJUKKAN AJARAN MANA YG BENAR! (LAMBANG HATI YG MATI ~   ( KEADAAN JANTUNG MENGECUT ATAUPUN KEMPIS)

MAK, ANAKMU SAYANG MAK SANGAT !!!! Thank you Allah

KASIH TIADA PENGHUJUNG

PENGIKAT KASIH AYAH BONDA

ANUGERAH CINTA ~ SELAMANYA

Berita Terbaru !!!! Thank You Allah

Yeaah  ...... akan menimang cucu kedua !!!!Di Bulan birthday ku, berita yg terbest... hasil titipan kasih, tersemai didalam Rahiim anak ku. Raikan Cinta ini....akan ku nanti.

Hubby & Anak yg Ke 7 Ku, thank you Allah.

DLM. DAKAPAN IBU AKU TENANG. Thank you Allah!

CAA....YANG ABANG!!!Thank You Allah

AND I LOVE U SO!! Thank you Allah.

HATI LAGI ?? TAPI CURAH AIR TAK TINGGAL KESAN !!!!

'WAJAH2' ALLAH

KASIH IBU BAWA LA MAKANAN !!!! THANK YOU ALLAH

KASIH SAUDARA ~ THANK YOU ALLAH

KASIH KU LUAS ~ THANK YOU ALLAH

KASIH KU ~ KESETIAAN

BERCINTA JUGA KE???

HINGGA KE HUJUNG NYAWA ??

MAKA CINTA DIRAIKAN !!!!!

HASIL TITIPAN KASIH NAN SUCI

PENYATUAN KASIH (Bukan Nafsu)

CINTA ADAM & HAWA

3.11.10

DEEPAVALLI ~ PESTA CAHAYA


  ONLY WHEN THE EGO IS SHATTERED, CAN ONE CELEBRATE THE LIGHT (TRUE SELF) FROM WITHIN.  Peehh......kata2 ini  di iklankan oleh Astro untuk  Deepavalli!!!!


 Hanya apabila ego dipecahkan, ditanggalkan,dimusnahkan, dapat seseorang itu meraikan cahaya dari dalam dirinya. Renung2kanlah!!! Hati Kak Ma robek dek, bila terbaca iklan ini di tujukan buat 'perayaan" agama lain. Robek hati ku, uu, uu, robek hati ku.....Mas Idayu gitu!!! Pasal apa sambut raya (hari yg besar) jika tidak kerana sudah berjaya perolehi sesuatu......sesuatu itu apakah??????

1.11.10

CARI KASIH DIDLM. DIRI

 Ya..ya...ya...Kak Ma asyik cerita sal hati. Kerana, hati yg menyatukan insan, mendekatkan kepada Khaliq ....Tapi rahsia hati Kak Ma ialah menyatukan insan sejagat. Sekiranya manusia semuanya punyai kebaikan, simpati dan saling menyayangi tidak mustahil dunia menjadi tempat yg damai.
Pagi ini Kak Ma mengikuti sebuah motivasi pagi di TV3 jam 6. Tajuknya: Menjadi Khalifah. Kata facilitator itu, ada seorang Inggeris yg memeluk islam telah membuat kajian mengenai khalifah dan telah mendapati bahawa untuk menjadi khalifah perlu menjadi No.1 - baik No 2 baik No 3 baik. Baik akhlak, sesama insan, baik kepada alam, baik kepada haiwan. Pokoknya...BAIK!!
Kak Ma banyak perhatikan sejak dua menjak ini , penganut buddhism, hinduism, ahli yoga (yg kafir2), kafir ertinya dalam kegelapan (tapi takut2 lebih menjumpai cahaya cahaya dari kita) manakan mungkin ......jgn risau sebab untuk menjadi muslim (yg punyai cahaya) perlu berada atas jejak rasul. Hmm...si kafir2 ini ramai telah menjadi seekers ataupun pencari. Allah pernah berfirman "sesiapa mencari pasti menemui". Depa dah temui 7 tingkat nafsu yg perlu di tempuhi, ditanggal dr nafsu yg rendah ke nafsu yg tinggi. Mereka menggelarkan nafsu2 ini chakra.Mereka menyelami kedalam diri melalui meditasi dan bertemu rahsia diri sebagaimana mereka kehendaki.Rahsia diri adalah sebagaimana dikehendaki diri sendiri. Nak jadi heeler atau penyembuh maka jadilah, nak jadi pembimbing maka jadilah. Tapi kita nak jadi apa yg Allah berkehendak akan kita, sejak azali.Maka cari Rasul kita kerana dia yg menyampaikan berita tentang Allah sejak awal penciptaan hingga keahirnya.Rasullullah adalah penyampai atau pemberi khabar mengenai Allah.Tak pernah dia tidak hadir apabila kita sebut namanya.Nabi Muhammad wafat tapi rahsianya tetap ada hingga keakhir zaman. Cari rahsia ini dalam hati insan.!!! Selawat keatas nya dan menafaatnya kita perolehi. Atas alam ini semuanya adalah tentang insan, yg harus berjuang dengan diri sendiri untuk menjadi kamil iaitu sempurna.
Tujuh tingkat nafsu ialah amarah,lawamah, mulhamah,mutmainah, radhiah, mardiah dan kamiliah. Tafakurlah dengan hajat untuk membuang ego dan menemui mutmainah (hati yg tenang) dan untuk tingkatan yg tinggi akan di anugerahi Allah sekiranya ikhlas (Allah jua yg menilai).Kak Ma disini, diblog ini tidak akan memberi banyak doa2,tidak juga memberitahu apa yg akan dilihat semasa dlm. pencarian atau semasa dlm. meditasi.Betul, kita akan melihat cahaya warna pelbagai tapi itu adalah tingkatan nafsu2 yg dipancarkan sebagai aura atau nasma.Cuma jadilah pengasih, aura yg dipancar pastinya baik dan menarik kebaikan kedalam kehidupan kita. Tiada apa yg menjadi kebaikan kepada kita melainkan Allah yg Pengasih.
Mungkin juga Allah memberi jalan kepada mereka untuk menemui kebaikan didalam diri supaya mereka satu hari mendapat hidayahNya dan menjadi muslim. Kan kita ni semua ciptaanNya cuma tersesat dlm. perjalanan ini. Allah kasih akan setiap ciptaanNya!!.Ada hikmah dalam setiap perbuatan yg allah izinkan. Tapi kita yg dah Islam dan mengakui muslim, benar2 muslim kah kita?? Tak perlu kah mencari lagi, tak perlu kah mendalami pengertian Islam yg Allah anugerahi kepada kita!!! Rugi..