14.12.10

BERI KASIH DLM. SEMUA KEADAAN

Bukan senang untuk membalas kejahatan dengan kasih sayang. Ini pesanan rasul kita, agar keburukan yg diterima, balas jua dengan senyuman dan kasih sayang. Air yg panas jika ditambah dengan air yg panas maka tetap panas lah jadinya.Ingatlah, yg positif amat kuat untuk hapus yg negatif. Kebenaran adalah Haq dan semestinya akan melenyapkan yg bathil.
Ini yg terjadi pada insan2 di negara kita sekarang, masing2 membina perasaan marah didalam diri. Para pemimpin, rakyat, yg terasa dianiaya,ahli2 politik, yg punyai kuasa, yg petah berkata2, yg pendiam, yg memerhati,yg berjaya, yg terkandas ~ membina api didalam diri.Akibatnya merasai neraka kecil, penuh kepayahan, membakar diri secara pelahan.Merubah asal kejadian, dari manusia ke bentuk haiwan.  Ya Rabb, kasih yg telah diletakkan Mu dihati kami, tak mudah kami rasai. Tapi jangan disalahkan Illahi kerana ini pilihan kita sendiri, kehendak ada pada diri dan Allah yg Pengasih dan Pemurah akan memberi mengikut pilihan diri .
Kejahatan(Iblis) ibarat api, jika kita membalas dengan kemarahan (api) maka makin kuatlah api ,dan kita lah yg  turut membina kejahatan  itu , dan tanpa kita sedari, asal kita juga telah bertukar dan ini memakan diri sendiri.Bukan mudah untuk menyimpan perasaan sayang dlm. hati dan menghadapi keadaan luar yg menyakiti hati.Disinilah kekuatan iman memainkan peranan ~ percaya dengan kasih Allah, yakin kasih Allah melindungi dan pasti kasih Allah memberi kejayaan dan membawa kebenaran (Haq).Kita adalah kekasih (yg dikasihi dan yg pengasih) maka tetapkan tekad agar menjadi pengasih, pemberi kasih, tiada dalam apa keadaan pun dapat menggugat kasih pemberian Allah  ini, dan ditukarkan dengan selain kasih.Ini yg harus Kk Ma pelajari, perkuatkan dan mengingati dan berpesan pada semua insan.Insyaalah. Raikan Cinta !!!

REDHA AJE LAH

Hmm......yang Kk Ma tunggu untuk diraikan pd Jun 2011 nanti hanya menjadi berita yg mengembirakan sementara aje buat Kk Ma sekeluarga.Allah memberi dugaan buat anak Kk Ma dan suaminya untuk merasai kehilangan baby yg dikandung.Kuasa Allah untuk memberi dan mengambil, kerana semua adalah pinjaman dariNya. Redha aje lah kerana ini yg menampakkan kita akan kekuasaanNya dan mengingatkan kita akan diri yg sentiasa perlu kepada Nya. Raikan kasih sayang Allah kerana dlm. kesedihan kita, masih ada kasihNya yg memperkukuhkan iman kita terhadap Nya. Alhamdulillah.