ALLAH ~ MAHA PEMURAH, MAHA PENGASIH
Kualiti Yang Hebat : ~ Ar Rahman ~ Pemurah /Pemberi
Ar Raheem ~ Pengasih / Penyayang
Dua sifat hebat Kepunyaan Allah: ~Dipinjamkan kepada insan namun dimiliki Meem (Ruhul Qudus) juga Ruhul diri setiap insan. Kesimpulannya: Allah yg.sangat Pemurah, banyak memberi dan pemberianNya adalah Kasih SayangNya yg teramat sangat. Sebagai insan,bernafas adalah kehidupan,menarik nafas adalah menerima, dan membuang nafas ialah memberi. Sebagai penerima, insan memperolehi pemberian dari Allah dan Allah dalam setiap pemberian, memberi kasih sayangNya. Simboliknya: Inhale (terima kasih sayang) Exhale (keluarkan kasih sayang kerana kasih sayang sahaja yg diterima) . Maka diri insan seharusnya mempunyai kasih sayang, menjadi pengasih, penyayang sahaja kerana memperolehi hanya pemberian kasih dari Allah. (Tiada lain yg Allah beri, segala pemberianNya dlm pelbagai bentuk tapi mengandungi kasihNya). BismillahiRahmaniRahiim : Dalam setiap yg dilakukan sertai bismillah dan ingat, kita menerima pemberian kasih dari Allah dan semestinya menyalurkan kasih kepada semua insan dan dalam setiap perlakuan / tindakan kita. Terima kasih Allah.......Raikan CINTA !!!