8.11.10

INI BUKAN TIIIIIIIIIIPU, INI BETUL PUNYA

   Hmm....camtu lah kita ni! Semuanya kena ada depan mata, boleh kita nampak dengan' mata kepala' kita , baru nak percaya. Itulah sebabnya Allah memperlihatkan wajahNya, identitiNya (itu pun ada yg tak nampak) untuk kita renungi dan cari apa yg dikehendaki Allah. Apakah teka teki, rahsia, persoalan yg perlu kita cari jawapannya kerana kebaikan dari hasilnya ,kita sendiri akan tuai.Benefit adalah untuk kita.
Tahu tak anda ? Nii mesti kata" tau!!" niih,,....waa caaii..(belum tanya dah tahu), prinsip cina, semua pun tauuu.Tanya lah pada orng Cina, semuanya,waa caaii. Kak Ma pasti, sebab mak Kak Ma bangsa Cina(now a muslim) , nenek Kak Ma cina ( died as a Muslim), tok wan Kak Ma cina (tapi tak sempat jadi muslim).
Disini, diblog ini, penerangan Kak Ma adalah bab Tasauf. Tapi tak nak Kak Ma ajar yg berat2 kerana fahamannya nanti berbeza2. Tasauf adalah ilmu mengenali siapa diri ( siapa kenal dirinya akan kenal Allah),kenapa disini, apa kehendak Allah, apa hubungan diri dengan Rasullullah (penyampai berita mengenai Allah). Ia berkaitan bathin atau rohani. Rohani ibarat isi, bila kulit dikupas, kita merasai isi, maka tahulah akan kita keseluruhan buah itu.Rohani adalah Ilmu Hakikat ~ Haq ataupun Kebenaran.
Ilmu Fiqh (ibarat kulit) adalah syariat atau undang2 dalam Islam.Nikah,cerai,tuntutan,hak2,juga Rukun Islam yg diperintahkan,apa yg membatalkan dan yg perlu dilakukan.(Adab & tertib & Ehsan). Syariat2 ibarat kulit yg perlu diperbaiki,dipelihara dan percantikan kerana kulit yg buruk akan menghasilkan keseluruhan buah yg busuk. Kerana inilah pentingnya kita mendalami kedua2 ilmu , supaya syariat2 yg dikerjakan akan memberi rasa kemanisan kerana disertai pengetahuan rohani.Inilah yg akan membawa kepada kekhusyukan dlm. mengerjakan kelima lima Rukun Islam juga tahu kenapa perlu ada aqad dlm pernikahan, kenapa satu lafas dlm aqad dan jika terputus  maka tidak sah.Ilmu fiqh mudah dipelajari namun Ilmu tasauf tersilap belajar akan merosakan aqidah. Syariat adalah Simbolik ~ Pertunjuk kpd Hakikat.
Allah jua Maha Pengasih, Dia tidak tinggal kita dlm kegelapan. Tidak semestinya Ilmu Tasauf mengajar kita  untuk meninggalkan hal2 duniawi dan menganggap dunia ini kosong dan tidak pentingkan kebendaan.Di atas dunia ini Allah sudah perlihatkan tanda2 kebesaran dan kekuasaanNya. Keagungan Allah adalah CintaNya , PengasihNya  dan PemurahNya Dia.Banyak yg Allah berikan kenikmatan untuk kita ,semua kerana CintaNya. Dan kita seharusnya menyebarkan Kecintaan ini dengan saling memberi dan menerima dengan kemurahan hati atas dasar kasih sayang.Kerana itu setelah kita menerima, kita sering melafaskan, "TERIMA KASIH ". Sebabnya.... pemberian itu seharusnya atas dasar Kasih!!!. Memberi kerana Kasih dan menerima kerana Kasih. Haaa...sebab itu Kak Ma kata " Ini Bukan Tiiiiipu, Ini Betul Punya. Kebendaan pun kena cari, supaya kita dapat memberi, boleh lah kita jadi  Pemurah dan dapatlah meRaikan Cinta Allah di dunia ini, kerana.... ianya amal jariah (ibadah) yg diberkati  bila disertai  HATI. Itulah sebabnya untuk melakukan sesuatu kena ada niat..'.Kerana Allah',...... bilamana disebut ALLAH ingat akan identitinya sebagai Pengasih iaitu kerana Kasih Sayang. Dengan IzinNya Kak Ma sudah Habaq ( beritahu dan memperjelaskan). Alhamdulillah !!!!

PENGERTIAN/MAKSUD 'WAJAH' ALLAH

Banyak kali Kak Ma sebut lambang Hati sebagai wajah Allah. Maaf ya, Wajah Allah sememangnya tidak diperlihatkan di alam ini.!Wajah disini bukan paras rupa tetapi identiti atau pengenalan kepada Allah. Allah mezahirkan lambang2 ini untuk menyatakan betapa Pengasihnya Dia, dan juga menuntut  agar setiap insan berusaha untuk mempunyai sifat ini dan membuang sifat2 keji. Dlm apa keadaan pun berpatah balik kpd hati dan merasai apa yg harus ada pada diri.Kepuasan dlm. memberi dan menerima kasih sayang atau kepuasan memberi dan menerima kekejaman? Apa yg diberi dan sebagaimana dilakukan, itu yg akan berpatah balik kepada kita. Niat kita kena betul, sebenarnya perasaan , feel kita ketika itu.Feeling iaitu emosi sebenarnya banyak  memberi impact pada diri kita.Feeling atau rasa kasih sayang yg bahagia pasti membuat kita tenang dan menjadikan kita periang ,ceria dan hidup ini terasa lebih meaningful.