25.10.10

Doa SiButa

Doa ini sebenarnya adalah hajat seorang perempuan buta yg berkehendakkan pengetahuan mengenai jln ke makrifatullah daripada Rasullallah.Walaupun buta namun hatinya celik pada pandangan Allah.Untuk itu kita disarankan punyai hati yg berkehendak /berkeinginan yg ikhlas.
Disini Kak Ma berikan doa ini supaya dapat dihafal dan Allah sahaja yg memperkenan hajat kita.Biarlah hajat kita cuma pada Dia sebagaimana doa ini : Illahi Anta Maksudi Wa Redhaka Mathlubi (Illahi Engkau Yg Ku Maksudkan dan Keredzaan Mu Yg Ku Harapkan).
Celik matahati bermaksud agar kita perolehi pengetahuan tentang kerohanian.Siapa diri, siapa Allah,siapa Rasul,apa itu Islam, kenapa wajib menjalankan Rukun Islam dan bagaimana untuk menjadi khalifah yg dituntut Allah daripada kita.Janganlah kita persiakan keujudan kita dimuka bumi ini. Kita telah diberi segala ilmu baik hal ehwal duniawi juga yg bathin. Namun kelalaian membuat kita lupa dan alpa dengan kebendaan. Jadikan lah diri kita bagai kelapa yg berguna dari akar, pokok,daun,buah,sabut,tempurung,isi jua airnya kerana itulah nilai diri Insan. Kak Ma akan terangkan segala yg Kak Ma tahu serba sedikit ilmu yg Allah kurniakan ini. Dengan izinNya jua. Laa Haula walaa Quwata illa Billah Hil Alii yill Aziim.