16.7.12

Awalluddin Makrifatullah (Group FB)

Medan untuk bersama berkongsi Kasih Sayang Allah melalui ilmu dan fahaman setakat yg Allah kurniakan.....yg mana saling membantu untuk penjernihan demi memperbaiki Hati."Sekiranya baik Hatinya....maka baik jualah seluruh anggotanya." Namun jauh didalam Tubuh ini,terpendam satu Azimat..bak Mutiara didalam tiram yg terbenam didasar lautan.Tidaklah mustahil untuk mendapatkannya,hanya yg diperlukan adalah keikhlasan,kekuatan kehendak (Will Power),...tujuannya...demi Kasihkan Allah.Penawarnya adalah baiki akhlak,pekerti dan bersangka baik sesama insan....insyaallah. Terima 'kasih' Allah....Raikan Cinta

15.7.12

Israk & Mikraj

Ramadhan Al Mubarak ~ Satu bulan yg dipersembahkan Allah,bagi umat Islam melatih diri untuk menggunakan Kuasa Kehendak/Daya Cabaran (Will Power)dari dalam diri.Cabar diri untuk menahan perlakuan seharian..Menahan lapar dahaga ~ melatih diri untuk punyai belas kasihan akan kesusahan fakir miskin.Namun yg terbesar dan terhebat mencabar lidah dari berkata dusta,Hati dari buruk sangka,juga menyakiti hati sesama manusia. Perjalanan Rasullallah (saw) semasa Israk dan Mikraj menuntut 'penghijrahan" daripada Diri kita sendiri.Perangilah nafsu2 jelek dan terendah,maka kesempurnaan akan dikurniakan Allah.Pasanglah nawaitu yg mantap dgn keikhlasan ~ menuntut Kesempurnaan Diri, Kejernihan Hati."Akan Ku persembahkan Diri Ku di Hati Insan2 yg memilih jalan ke arah Ku".....ini janji Allah.Bersihkan Hati....yg lain berserah kpdNya.....Allah Maha Mengetahui dan Dia memilih Hati yg layak mendapat KesempurnaanNya.....Amiiinn. Terma Kasih Allah......Raikan Cinta !!

29.5.12

RINGKASAN PENGENALAN DIRI

Allah ~ AHD/Wahid/Esa/Alif/Satu (Sendirian),buktinya dlm surah Al Ikhlas.Diri Allah dan sifatNya AR Rahman (Pemurah/banyak memberi) dan pemberianNya adalah Kasih sayangNya (Rahiim) maka kedua2 sifatNya menjadi nama2Nya yg Agung ( Ar Rahman, Ar Rahiim). Kecintaan dan KasihSayangNya digelar MAHABBAH (kasih yg tiada tandingan dan melebihi kasih seorang ibu atau antara kekasih).Kerana mempunyai Mahabbah inilah Allah yg bersifat Pemurah ingin melihat KasihsayangNya tersebar. Maka dari CahayaNya yg mengandungi Mahabbah ini dinyatakan/dizahirkan untuk dilihatNya akan KecintaanNya sendiri.Cahaya ini digelar Mim/Meem (MahabbahNya).Pada Cahaya ini Allah melihat kesempurnaan,Keindahan dan Kehebatan DiriNya. Cahaya yg dizahirkan/dinyatakan ini pula 'merasai'(dlm dzauk/yearn)kehebatan,keindahan,kecintaan Allah yg tiada tandingan.Cahaya ini 'merasai'setiap kesempurnaan Allah,Kecintaan Allah terzahir kepada nya.Dengan dan daripada Allah,Cahaya ini menjadi AH'M'AD ~ (AHAD/Satu yg mengandungi MAHABBAH ). Kerana MAHABBAH ini, melihat dan merasai Kehebatan Kecintaan Allah, dia meminta dizahirkan benih2 cintanya (Habba/Hubba) kepada jiwa2 insan/manusia.Melalui Mahabbah ini terzahir/dinyatakan didlm jiwa2 insan,sejak Adam hingga kelahiran2 yg baru.Dalam jiwa setiap insan dititip pada HATI akan Cahaya Mahabbah ini.Cuma insan2 yg berkehendak akan kamil/kesempurnaan Hati, akan diberi jalan pengenalan. Cahaya MAHABBAH (Mim didalam AHD) adalah permulaan namun sebagai Nabi yg terakhir, ia diberi jasad dan bernama Muhammad/MHMD.Carilah Mim ini 'didalam kita' kerana dia mempunyai kunci pengenalan kepada Allah.Sebab dia permulaan dizahirkan/dinyatakan sebagai AH'M'AD,dia menjadi Penghulu segala nabi dan syafaat kpd manusia. Terima 'Kasih' Allah,......Raikan Cinta !!

29.3.12

Love, oh love.

Love, oh love.
Search for Mahabba........deep in yr akhfa !!Terima kasih Allah,raikan cinta

10.2.12

SIMBOL ~ Lambang




Simbol/Lambang ~ Ringkas sahaja Kak Ma nak bagitau : Atas dunia ini,segala yg dizahirkan adalah dari ilham Allah.Kehendak kita yg meletaknya dari sudut pandangan positif atau negatif.Lambang2 piramid,segi tiga dn bermata satu diguna sebagai logo kump.Iluminati,Freemason kerana mereka percaya ada "rahsia kekuatan/misteri" disebalik simbol2 ini....(memang ada pun!!). Namun telah menjadi 'kekalutan'atau ketakutan kpd kaum muslimin....ish3 !Setiap simbol yg Allah perlihatkan,perlu direnung dgn matahati dan di'gali' teka tekiNya.Banyak simbol2 yg Allah perlihatkan kpd manusia......tapi kedua2 mata yg melihat pun buta,masakan nak punyai 'mata' hati.!!Yang patut menjadi ketakutan kita ialah rapuhnya iman kita terhadap kekuasaan Allah dan lenyapnya bintang petunjuk arah kita iaitu MHMD !!Al Kausar pada diri sendiri,tidak lagi dapat menghilangkan 'kehausan'kita ...yg sentiasa mementingkan materi! Tak guna Kak Ma teruskan bebelan ini....hmmm

News (Lagiiiii rahsia2 yahudi )



Klik pada tajuk,apabila gambar dipaparkan,klik pada News (bawah disebelah kiri ) ~ !!Terima kasih Allah.....raikan cinta !

The Golden Mean


Belajar dan cungkillah rahsia2 yahudi.Ilmu yg Allah berikan kpd kaum Bani Israel yg pintar .Semuga kita mendapat menafaat setelah terbongkarnya ilmu2 yg sebelum ini menjadi rahsia terbesar mereka.Bagi mereka yg di anugerahkan bakat/aqal yg pintar dan bijak,disini Kak Ma kongsikan dan dedahkan pertemuan ini....Insyaallah untuk umat MHMD !! Carilah juga Sacred Geometry!!
Klik pada tajuk diatas !! Terima kasih Allah.....Raikan Cinta !! ~ (Rahsia2 yg dibongkar oleh seorng yahudi satelah memeluk Islam )

31.1.12

MHMD Pulang Ke HAQ


Apabila Hati telah menjadi ArashNya maka bersatu MHMD dgn ALLAH atau Meem (Mahabba)KecintaanNya kembali kepada AHAD (yg Tunggal/Satu).Hati/Perasaan/Jantung/Kehidupan meresap kembali, bersatu dgn Khaliq.Yang akan terjadi adalah KehendakNYA...samaada dikurnia penyatuan/kesedaran kpd setiap Insan ~ terpulang kepada Nya.Tiada daya ku untuk menyata selebihnya jika tanpa izinNya jua.Setelah ini.....yg berkehendak hanya Dia.Penyerahan adalah sebelum 'kedapatan',selepas itu hanya yg Tunggal/Al Wahiid/Al Ahad, diri menjadi mata yg memerhati,hati yg merasa!!Terima kasih Allah......Raikan Cinta

AnugerahNya~ Bintang




Didunia ini jika berbakti ataupun memberi sumbangan kpd negara,ada juga dianugerahkan bintang. Dari Allah,anugerahNya Maha Hebat !!Simbolnya adalah bintang tapi Nikmatnya adalah satu perasaan ~ penyatuan,tindakan yg didorong,hati yg berbicara,gejolak perasaan yg berkobar !! Tapi untuk kedapatan,haruslah melalui MHMD (s.a.w.).Dia yg membimbing,memperkenalkan dirinya...yg tiada lain HakNya.Mahabba (KecintaanNya) adalah BintangNya...menyinari disanubari,Mahabba adalah permulaan ciptaan yg dimanifestasikan ke alam dan disertakan dalam setiap Insan,nun jauh didalam Qalbu.Hanya dgn Ihsan.....seterusnya terpulanglah pada pemilihan Allah sendiri untuk kita merasai Keujudan Bintang di Hati !!Terima kasih Allah....raikan cinta.

RahsiaNya Jua




Hanya Simbol yg menjadi petunjuk untuk dilakukan pada diri.
Lambang piramid(tiga segi)~ satu buncunya menghala keatas dan satu ke bawah memberi pengertian bahawa nafsu yg rendah/jelek harus ditanggalkan (tajjarud) iaitu piramid yg buncunya menghala kebawah.Sekiranya dapat di kontrol maka akan memperolehi nafs yg bermartabat tinggi sehingga ke Kamiliah (terpuji)maka bercantumlah kedua piramid menjadi bintang dihati.Semuanya harus dipraktikkan pada diri agar nafs yg tujuh dapat dikawal demi pembersihan Hati yg akan menjadi Arash Allah.Menjadi Bintang atau mendapat bintang ini adalah atas pilihan Allah kerana Dia yg tahu keikhlasan Hati.!!Apabila terbit Bintang diHati ianya bagaikan mengeluar cahaya (Tujuh warna Nafs) yg sentiasa rotate dan ibarat radar yg berhubung terus dgn Allah.Jadilah pandangannya adalah dgn pandangan Allah iaitu 'mata hati' atau mata 'ketiga' (Third eye)spt yg dilukis pada piramid.Ilmunya/pengetahuannya adalah dari Allah dn perilakunya dgn bimbingan Allah.Kuasa inilah yg dianugerahkan kepada Nabi2 mengikut keupayaan penerimaan mereka.Sebenarnya.....alaaaa panjang le pulak!Nanti kita sambung lagi yee.Terima kasih Allah...raikan cinta.

Star of David/Seal of Solomon



Inilah sebenarnya lambang Bintang Nabi Daud & anakandanya Nabi Sulaiman yg kita sedia maklum kekuasaan mereka.Rahsia yg cuba diselidiki Bani Israel/Yahudi hasil peninggalan Raja mereka . Lambang bintang ~ hasil pencantuman dua lambang piramid yg mempunyai maksud ataupun teka teki.Simbol yg perlu dikoreksi teka tekinya.Sesiapa memperolehi nya dipercayai dunia berada dalam genggaman.Jangan bermimpi kaum yahudi,bangsa yg dilaknati Allah.Tapi sedarlah umat MHMD....ini sebenarnya lambang kekuatan kita.Nanti Kak Ma bongkar lagi yaa...apa teka teki disebalik simbol ini.Sebenarnya Umat Islam yg mengikuti Jejak MHMD (s.a.w.) shj dpt.memperolehi Rahsia ini. Terima kasih Allah..raikan Cinta

Tak De Makna Nye





Kerana tidak dapat memperolehi Rahsia yg cuba digali ~ di rekanya,ditambahnya lambang dgn wajah2 iblis untuk mengalih tumpuan umat lain terutama Islam dari menyelidiki Rahsia yg telah sekian lama disembunyikan ~ hasil peninggalan Nabi Daud dn Nabi Sulaiman (Raja2 Bani Israel)iaitu lambang Star of David & Seal of Solomon.Maka timbullah rekaan untuk menakutkan2 bangsa lain spt Freemason,kumpulan Iluminati dan lain2 lagi sekiranya ada.Tapi semua ini "Tak De Makna Nye"....sebab yahudi takkan dpt lagi menyembunyikan Rahsia ini ~ kerana sedikit2 mereka sendiri yg keluarkan,sebarkan info(hasil pencarian Yahudi )untuk sesama mereka, demi pencarian yg tak berkesudahan dan tk mungkin diperolehi.Terima kasih Allah...Raikan Cinta !

29.1.12

~ Bukan Merkabah tapi Mahabba ~ Kecintaan Allah


Sabar......akan Kak Ma Kupaskan Rahsia yang telah lama disembunyi Kaum Yahudi.Rahsia ini adalah milik Nabi Daud dan anakandanya Nabi Sulaiman yng menjadi Raja Bani Israel.Insyaalah,akan Allah membuka hijabNya.....amiiiiin.

18.1.12

JANTUNG

Satu Rahsia.........yg apabila terbongkar,menjadikan aku pemerhati yg perlu berhati2.Pengakuan berserah (dalam perlakuan Solat) bukannya mudah!!Perlu lebih teliti...peka pada perasaan,  ...emosi."Tetapkanlah hati ku ini".....permintaan ku,, namun kenyataanNya ~ berdiri teguh atas landasan Ku!! Selagi jantung berdenyut....selagi itu ada kehidupan.Kehidupan untuk Dia,kerana kehendakNya untuk melihat akan ujudNya  ~   DiriNya yg bersendirian (Al Wahiid/Esa/Ahad)yg mempunyai kasih sayang melimpah (Ar Rahiim) .
 Kehendak adalah dari Hati,Nafas menyatakan AdaNya (wujudnya AHAD) dan kehidupan ~ ianya digambarkan dalam bentuk Jantung....rasa adalah dalam perasaan,emosi adalah kesan.Betul ke??
Jika dilihat akan jantung (organ tubuh) juga hati....tidak dpt dicari atau dilihat nafas ataupun perasaan.
Allah adalah Satu/ujud bersendirian,dgn sendirinya/tunggal/Alif/Ahad/Esa/Wahid.Jika ujud Mhmd sebagai kekasih,maka sudah ada dua keujudan.Iaitu Allah "dan" Mhmd !! Mhmd adalah permulaan ciptaan (yg diadakan)....... iaitu AHMAD terhasil sebagai Meem 'dari' AHAD!! Dari AHAD,dalam AHAD sendiri......jadi.....tiada duanya...cuma...Satu/Countless !! Apakah Meem itu?? MahabbahNya,kasihNya,perasaanNya,RahimNya,yg 'dizahir'kan,dicurahkan untuk dilihatNya sendiri. Mhmd yg diberi jasad... juga diri kita.....menjadikan/mengujudkan/menambahkan Alif.  Disini Alif (Yg Satu) dihijab !! Kita dari Meem...maka.....siapakah kita?? Dalam Solat .....ada RahsiaNya.Kembalikan hakNya.!!!