15.11.10

PINTU RAHSIA YG TERSINGKAP

Dengan izin Allah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih, maka akan Kak Ma bukakan pintu rahsia ini dan permudahkan jalan bagi rakan2 seislam menempuh jinjang kebahagiaan yg Allah sentiasa menanti untuk kita cari. Bilamana bertemu jalan ini maka tersingkaplah akan rahsia diri. Insyaallah.
Islam ~ Penyerahan Diri kpd Khaliq,     Tuhan (Ilah)~ Kekuasaan Yg Mutlak,   Allah (Nama Tuhan)  ~ Pengertian Kepada 99 Nama Yg Terpuji Tetapi Menyatakan Satu Kualiti yg Agung iaitu Maha Pengasih,   Iman ~ 3 Tingkatan Yg perlu diperteguhkan iaitu dari Percaya,ke tingkat Yakin dan  seterus nya kepada kePastian.  Muslim ~  Yg Diberi Cahaya,        Muhammad ~ Permulaan ciptaan iaitu Ahmad ( dicipta Allah dari CahayaNya sendiri iaitu AHAD atau Ketunggalan atau Wahid dan menjadi AHMAD. Mim dalam Ahmad adalah kesempurnaan dari kualiti2 Allah dan pada mim ini Allah melihat kesempurnaanNya sendiri iaitu sifat PengasihNya Allah. Untuk melihat kasih sayangNya tersebar maka cahaya2 atau ruh2 insan diciptaNya dari  AHMAD. Dari Adam, Hawa sehingga kepada setiap nabi2, mempunyai, memiliki cahaya ini iaitu Ahmad namun Muhammad adalah AHMAD tanpa MIM kerana Mim adalah Muhammad sendiri yg diturunkan Allah sebagai pembawa , pemberi dan pembimbing iaitu Rasullullah (pembawa berita mengenai Allah). Dia adalah dari AHAD dan mempunyai kesempurnaan sifat Allah.Kerana kesempurnaan ini, hanya melalui jejak Muhammad sahaja dapat kita kenali Allah .Maka Insan Al Kamil(sempurna) adalah Nabi Muhammad saw iaitu Ruhul Qudus, Cahaya Illahi, yg berada pada setiap insan sejak azali, sejak adam , hawa dan walaupun Nabi Muhammad sebagai nabi telah wafat ,' dia' menyertai, diri setiap insan, menunggu para pencari, para pencinta Allah untuk disampaikan atau dibimbing kepada kesempurnaan.Sebab itu lah jua ,dia bukan sekadar nabi tapi seorang Rasul juga Mim yg harus kita cari dalam diri kita sendiri.Inilah istimewa nya Rasullullah  dan istimewanya setiap insan yg memiliki cahayanya biarpun muslim atau pun kafir .Setiap nabi adalah pemberi pertunjuk, namun untuk membimbing kepada kesempurnaan hanya Rasullullah. 
Kita dilahirkan muslim, tapi telah perolehi kah kesempurnaan itu??.Bagi yg kafir, walaupun punyai cahaya  namun masih tertinggal dalam kegelapan.Terpulang lah kepada kekuatan kehendak masing2. Didunia ini kita adalah seekers ~  pencari, mencari jalan untuk kesempurnaan diri dan mencari jalan untuk pulang kepada yg. Maha Sempurna.  Nanti kita sambung lagi yaa,....cucu Kak Ma dah bangun tidor, dia minta susu dan perhatian  dari Kak Ma (kasih pinjaman Allah ),  akan Kak Ma Raikan Cinta Allah ini,  So...tung...guuu!!!!

No comments: