Bila Kak Ma tengok pada statistik post, Kak Ma lihat ramai yg minat pada penjelasan untuk kesempurnaan diri . Untuk itu Kak Ma akan beri penerangan yg lebih detail berkaitan Diri.
Lambang2 Cinta (heartshape) pada diri adalah tujuan Allah mengingatkan kita, betapa pentingnya dalam apa pun keadaan supaya kembali kepada rasa kasih sayang, cuma perasaan ini harus ada dlm diri kita. Buangkan rasa marah,bangga diri, syak, dengki, Bukan senang....maka mari kita pelajari untuk memperbaiki diri bersama, jom bersama2 dan jika ada lg cara2 yg mudah untuk mendapat feel ini, boleh tak berikan feedback atau comment? Jika post Kak Ma panjang, dibawah ada sambungan iaitu' readmore' (perkataan ini kadang2 hidden).
Untuk mendapat feel ini, cuba bayangkan lambang2 love pada tubuh kita.(Ada KakMa jelaskan mengenai lambang2 ini dipost terdahulu).Perhatikan ,dlm. kedudukan bersila ( lipatan kedua kaki, kedua lutut hingga kepunggung juga menunjukkan lambang ini). Pejam mata, rasai perasaan sayang yg teramat sangat, kasih yg membahagiakan (cari siapa yg membahagiakan anda buat masa ini) , dan beri tumpuan, fokus kepada perasaan ini,bukan wajah orang yg kita sayangi itu. Penuhi diri, disetiap lambang2 ditubuh, juga dihati, dengan feel ini. Tumpuan kita sekarang ini hanya kepada perasaan ini !! Fikiran,kata2 dihati, gambaran, akan datang tapi biarkan ianya berlalu dan beri tumpuan,fokus (meditate) cuma kepada perasaan ini.Perasaan bahagia penuh kecintaan, kasih sayang, rindu, akan dirasa dan semakin bertambah sehingga menggetarkan sanubari. Perasaan ini akan menenangkan minda. Minda ibarat lilin, perasaan ibarat warna dan warna ini akan meresap ke dalam lilin. Lilin akan berwarna mengikut warna yg diserapinya. Ini bermaksud minda akan menyerap apa2 perasaan yg kita rasai.Jika positif maka minda akan menyatakan gambaran yg positif kepada diri, begitulah sebaliknya.Gambaran pada minda kita yg mengakibatkan kita mendapat atau perolehi sesuatu. Jika kuat perasaan (keupayaan memilih positif atau negatif) kita, maka itu yg akan menjadi perjalanan hidup,taqdir atau qadha kita. Seringkali setiap yg positif (yg dihantar Allah, kehendak Allah) akan berpasangan dengan yg negatif (dari diri kita, perasaan selain dari kasih sayang), dan diserapi minda. Qadha bergantung kepada Qadar (keupayaan, bakat) dan Qadha yg terjadi adalah dengan perintah Allah tetapi atas pilihan diri yg bergantung atas keupayaan iaitu Qadar. Kehendak (iradat) adalah dari Allah tapi pilihan adalah dari kita sendiri. Fahami ini......setiap yg baik dari Allah dan yg buruk dari diri sendiri.. maka ada kata2 yg memang boleh dipakai iaitu ~ Hati Mau Baik, be.........entah, be itu maksudnya ape ek??
Untuk meditate (fokus) pada perasaan ini, tidak perlu duduk menegak aje, tapi dalam posisi bagaimana pun boleh asalkan selesa. Bila2 waktu asalkan tak ada yg distract tumpuan. Maka carilah feel ini dan pada
pendapat Kak Ma, Kaum Hawa mudah perolehi perasaan ini. Kerana perasaan ini adalah anugerah Allah bagi kaum Hawa yg sememangnya telah Allah tempatkan RahiimNya (seluruh tumpuan KecintaanNya), iaitu tempat yg mengandungi (peranakan atau uterus) para kekasihNya(setiap insan), yg bakal dilahirkan ke alam ini. Sebab itu dikatakan Hawa mempunyai EQ dan Adam IQ, namun perlu dikawal supaya menjadi Emotional Spiritual Intelligence. Perlu juga ingat, kita sebagai khalifah, semuanya sama (penyebar kasih sayang) tapi masing2 ada peranan yg berbeza2.Anda menjadi guru, maka sebarkan lah kasih Allah melalui cara anda mengajar. Anda menjadi doktor, maka rawatilah setiap insan dengan ihsan dan saksama tanpa mengira bangsa. Mengenai religion atau agama (kepercayaan) akan Kak Ma bincang dalam bab lain. Tapi disini Kak Ma minta jangan ada perbandingan atau pilih kasih terhadap sesama insan. Mungkin yg kafir akan menjadi lebih muslim dari kita yg dilahirkan muslim.Peranan apa pun kita pegang dan diamanahkan, sebarkan lah Kasih Sayang Allah !!!! Mari, mari kita raikan Cinta...dan Rahsia Allah masih belum disingkap sepenuhnya. Insyaallah, Allah Maha Pemberi, .......tunggu berita dari Kak Ma. Jika kita guna EQ dan seterusnya SQ apa akan kita perolehi dan menafaatnya .??.......Haaa, gali2, gali lubang !!!
No comments:
Post a Comment