Ya..ya...ya...Kak Ma asyik cerita sal hati. Kerana, hati yg menyatukan insan, mendekatkan kepada Khaliq ....Tapi rahsia hati Kak Ma ialah menyatukan insan sejagat. Sekiranya manusia semuanya punyai kebaikan, simpati dan saling menyayangi tidak mustahil dunia menjadi tempat yg damai.
Pagi ini Kak Ma mengikuti sebuah motivasi pagi di TV3 jam 6. Tajuknya: Menjadi Khalifah. Kata facilitator itu, ada seorang Inggeris yg memeluk islam telah membuat kajian mengenai khalifah dan telah mendapati bahawa untuk menjadi khalifah perlu menjadi No.1 - baik No 2 baik No 3 baik. Baik akhlak, sesama insan, baik kepada alam, baik kepada haiwan. Pokoknya...BAIK!!Kak Ma banyak perhatikan sejak dua menjak ini , penganut buddhism, hinduism, ahli yoga (yg kafir2), kafir ertinya dalam kegelapan (tapi takut2 lebih menjumpai cahaya cahaya dari kita) manakan mungkin ......jgn risau sebab untuk menjadi muslim (yg punyai cahaya) perlu berada atas jejak rasul. Hmm...si kafir2 ini ramai telah menjadi seekers ataupun pencari. Allah pernah berfirman "sesiapa mencari pasti menemui". Depa dah temui 7 tingkat nafsu yg perlu di tempuhi, ditanggal dr nafsu yg rendah ke nafsu yg tinggi. Mereka menggelarkan nafsu2 ini chakra.Mereka menyelami kedalam diri melalui meditasi dan bertemu rahsia diri sebagaimana mereka kehendaki.Rahsia diri adalah sebagaimana dikehendaki diri sendiri. Nak jadi heeler atau penyembuh maka jadilah, nak jadi pembimbing maka jadilah. Tapi kita nak jadi apa yg Allah berkehendak akan kita, sejak azali.Maka cari Rasul kita kerana dia yg menyampaikan berita tentang Allah sejak awal penciptaan hingga keahirnya.Rasullullah adalah penyampai atau pemberi khabar mengenai Allah.Tak pernah dia tidak hadir apabila kita sebut namanya.Nabi Muhammad wafat tapi rahsianya tetap ada hingga keakhir zaman. Cari rahsia ini dalam hati insan.!!! Selawat keatas nya dan menafaatnya kita perolehi. Atas alam ini semuanya adalah tentang insan, yg harus berjuang dengan diri sendiri untuk menjadi kamil iaitu sempurna.
Tujuh tingkat nafsu ialah amarah,lawamah, mulhamah,mutmainah, radhiah, mardiah dan kamiliah. Tafakurlah dengan hajat untuk membuang ego dan menemui mutmainah (hati yg tenang) dan untuk tingkatan yg tinggi akan di anugerahi Allah sekiranya ikhlas (Allah jua yg menilai).Kak Ma disini, diblog ini tidak akan memberi banyak doa2,tidak juga memberitahu apa yg akan dilihat semasa dlm. pencarian atau semasa dlm. meditasi.Betul, kita akan melihat cahaya warna pelbagai tapi itu adalah tingkatan nafsu2 yg dipancarkan sebagai aura atau nasma.Cuma jadilah pengasih, aura yg dipancar pastinya baik dan menarik kebaikan kedalam kehidupan kita. Tiada apa yg menjadi kebaikan kepada kita melainkan Allah yg Pengasih.
Mungkin juga Allah memberi jalan kepada mereka untuk menemui kebaikan didalam diri supaya mereka satu hari mendapat hidayahNya dan menjadi muslim. Kan kita ni semua ciptaanNya cuma tersesat dlm. perjalanan ini. Allah kasih akan setiap ciptaanNya!!.Ada hikmah dalam setiap perbuatan yg allah izinkan. Tapi kita yg dah Islam dan mengakui muslim, benar2 muslim kah kita?? Tak perlu kah mencari lagi, tak perlu kah mendalami pengertian Islam yg Allah anugerahi kepada kita!!! Rugi..
..
Kasih tak bersyarat....,itupun selalu disuarakan oleh penganut2 agama sesat ini. Sana sini mereka menyuarakan hasrat tuhan, agar diri menjadi penyayang dan memberi kasih.Tapi kita disini bertelingkah sesama muslim. Dalam politik( rebutan kuasa), dalam pekerjaan(hasad dengki) dalam rumahtangga(buruk sangka/ syak wasangka) - haa.... yg ini Kak Ma pun sudah lalui.Semua kerana hati tidak bersih, tidak puas hati. Tapi tiada pengalaman tidak lah kita belajar. Isteri curang, suami curang, kenapa? Sebab nafsu yg mengawal diri sedangkan diri sepatutnya kawal nafsu.Disinilah nampaknya betapa penting kita kembali kepada fitrah kita yg dipenuhi kasih sayang. Kembali kepada hati yg mempunyai Kasih yg Agung. Rasullullah sahaja yg dapat membimbing kita. Kak Ma pun masih mengikuti dan tercari2 jejak rasul yg diwarisi kepada kita. Mohon terungkai rahsia diri, setelah tertanggal rantai nafsu.Dengan zikir (mengingati) Allah,berselawat keatas nabi, berserta wudhuk, solat yg khusyuk dan bertafakur....dengan rasa berserah kepada Allah, insyaallah.
No comments:
Post a Comment