3.2.11

AHMAD ~ ASALNYA SEGALA YG DINYATA/DIZAHIRKAN

Sebelum jauh ku tinggalkan penggembaraan dlm. mencari Mu,seperti Mim yg pulang kpd. AHMAD ~ suka ku mengingatkan diri bahawa ALLAH/AHAD  yg wujud bersendiri dan yg lain adalah dariNya juga.Perlu disematkan dihati bahawa Mim bercerita bagi pihak AHAD (sebagai Khalifah Nya).
Tidak mungkin dapat ku berkata2 dan menyebut nama Mu yg. Agung tanpa izinMu.Rindu ku adalah  lambaian  dan seruanMu,kasih ku adalah belaian Mu, pencarian ku adalah penantian Mu.Bagaimana dapat ku luahkan kata2  indah kerana titipan kasih Mu begitu halus tersimpan dalam perasaan.
Ku mohon keredhaan Mu untuk pulang bersama Mim supaya tenang dalam dakapan Mu. Pulanglah Mim kepada titik yg satu, yg tunggal, yg Esa, yg. Wahid ~ Ahad/Allah.Semuga ku berupaya berada dlm. majlis yg mempunyai Mu dan hanya menyebut tentang Kebesaran Mu.Terima kasih Allah. Raikan Cinta.
 (Thumb print ~ setiap individu pasti berlainan, tiada yg serupa walaupun berbillion insan yg wujud dan pulang semula ke Rahmahtullah. Inilah lambang Qadha dan Qadar setiap insan, asal dari titik permulaan dan berpusing2/menggembara dlm pencarian, sejauh mana pun pasti kembali kepada titik yg asal. Akan Kak Ma beritahu lebih detail pada rahsia Rukun Isam ke lima nanti,insyaallah!

No comments: