Pengalaman ini Kak Ma perolehi semasa dalam pengamatan atau masa Kak Ma renungi akan diri sendiri. Ini kerana terfikir Kak Ma kenapa Allah mengatakan bahawa "Ke arah mana sahaja kamu memandang, WajahKu ada disitu",sedangkan Allah adalah zat yg ghaib tetapi setahu Kak Ma essence (pati - jika pd manusia bolih digelar sifat)Allah yg kekal dn tak berubah pasti di perlihatkan.Cuma atas keinginan dan kehendak, kita dapat melihat. Ini akan adik2 faham bila adik2 mahu mengikuti penjelasan dr Kak Ma seterusnya dan seterusnya.Perlahan2 atau sedikit kita perolehi akan memberi menafaat kepada diri. Ok, sekarang ni mari kita perhati diri kita sendiri. Untuk menjadi satu manusia yg sempurna memerlukan anggota2 berpasangan. Dua mata, kening,telinga, hidung (2 lubang),mulut (2bibir) dan lain2, juga otak(kiri kanan).Cuba cantumkan kedua2 anggota2 ini, bentuk apakah yg terhasil. Yaa....pandaipun adik2 Kak Ma. Jawapannya: bentuk hati atau LOVE.!!!! Bukan pd anggota aja tapi perhati juga kedudukan kita apabila kita bersila, pada tangan yg berdoa,kedua payudara,kedua kening hingga kedagu,kedua bibir,lidah,kedudukan semasa bersalin,(juga waktu "bersama " - yg dah kahwin faham lah kan?),pada' tuut'(perempuan),pd 'tuut'(lelaki = yg sudah dikhatan),perhati2kan lah, pasti terlihat bentuk yg satu iaitu hati. Perhatikan juga pada daunan,buah2an,haiwan,walaupun pd ular tetap punyai bentuk ini.Disini Kak Ma nak share satu pengalaman. KakMa ada bela kucing 13 ekor dan anak2 amat sayangkan kucing2 ni.Bila ada yg mati menangislah kami anak beranak. Mau tidaknya, kucing2 ni macam dah mengerti kasih yg kami curahkan.Mengikut arahan (uu uhh kat bilik air),renung bila anak2 Kak Ma bercakap, bila dipanggil terus berlari kemari walaupun telah merayau kedlm hutan. Kucing2 yg mati ni Kak Ma tanam di tepi pokok betik dan dapat dilihat dari atas rumah Kak Ma.Satu hari Kak Ma termenung dan pandang kearah 'kubur' kucing2 tu, sekali tengok rumput yg naik diatas kubur tu berbentuk hati. Ya Allah....terus Kak Ma tunjuk kepada anak2 , inilah hasil kasihsayang antara kita dengan kucing2 ini.Hebatnya Allah!!!
Kenapa ya,? Allah zahirkan gambaran sebegitu kepada kita? Fikirkanlah,renungkan lah sekiranya mampu. Minta jawapan nya, Allah pasti memberi.Selangkah kita berjln. menuju kepada Allah,10 langkah Allah sudah menunggu kita untuk mengenal padaNya. Ya Fathah.......bukakn hijab2 Mu dan bimbingkan kami ke jln.yg penuh rahsia tentang Mu. Permudahkan Sirrathal mustaqim ini, jalan yg lurus dan penuh rahsia kerana kami tidak ingin menzalimi diri kami dan tinggal dalam kebutaan. Amiin.
No comments:
Post a Comment