Kita sambung dari kenapa hati yaa...,Ingat tak, Kak Ma pernah tunjukan lambang2 hati pd diri kita spt cantumkan kedua2 telinga,kedudukan bersila dll.? Sebagai khalifah Allah, kita wajib menjadi pengasih dan penyayang sebagaimana sifat (essence) Allah. Ar Rahman maksudnya Dia Maha Pemurah so kemurahanNya adalah banyak memberi tanpa diminta dan tak perlu dibalas.Ar Rahiim adalah Pengasih so kerana kasihNya Dia menyayangi tanpa ada batasan dan tidak pula memilih. Hati lambang Kasih (LUV), dan ada sebab kenapa diperlihatkan lambang2 hati kemana saja kita memandang.Pernah tak dengar, hati adalah Arash(tempat bersemayamnya) Allah.?
Khalifah Allah:- Pengganti Allah.......Allah sebenarnya kasihNya terlalu luas dan Maha PemurahNya adalah untuk menyebarkan kasihNya dan ingin Dia sendiri melihat kasih sayangnya tersebar.Untuk melihat DiriNya sendiri Dia menjadikan dari cahayaNya sendiri AHMAD (mula penciptaan) yg memperolehi kasih dan menjadi pengasih.Dan terciptalah insan2 dari Ahmad ini.Itulah sebabnya kita mempunyai lambang2 kasih pada diri kita.Mengenai AHMAD akan Kak Ma ceritakan lagi kerana dia melibatkan diri sendiri dan rahsianya seluas bumi.Allah menjadikan kita untuk Dia melihat DiriNya sendiri dan dibumi ini kita juga memerlukan sesuatu untuk melihat diri kita,ya... spt cermin.Kita berdiri dihadapan cermin2, kecil, besar,bulat dan pelbagai bentuk. Bayangan yg terpantul dicermin2 tetap diri kita.Cuma bentuknya yg berbedza.!!!Begitu jua Allah , melihat pada kita yg pelbagai rupa tapi hakikatnya satu iaitu lambang kasihNya.!!!.Ahmad adalah diriNya sendiri kerana mim pada Ahmad telah dijadikan kita iaitu manusia (setelah dilahirkan ke bumi).Ahmad tanpa mim menjadi AHAD yg bermaksud Ketunggalan, yg Satu ataupun Wahiid dan AHMAD dari Ketunggalan itu.Nanti kita sambung bab AHMAD ya..takut2 confuse.
Untuk menjadi khalifah,kita kena jadi insan kamil (manusia sempurna).Buangkan sifat2 amarah, ego.(dlm istilah sufi digelar tajarrud) atau tanggalkan sifat2 keji. Lambang2 hati pada diri kita adalah saranan Allah agar kita kembali kepada sifat pengasih dan untuk menjadi pengasih kembalilah pada hati. Apa yg ada pada Hati? Feeling, perasaan sayang yang bahagia dan merasai perasaan ini akan memberi rasa kepuasan yg lengkap.Bergetar sanubari, dan disetiap liang roma akan berzikir namaNya.Tafakurlah, fokus pada hati dengan disertai perasaan ini.Kerana Hati jugalah kenapa kita harus mempunyai niat kerana Allah dalam setiap perkerjaan yg akan kita lakukan. Wallah Hu Alam.... nanti Kak Ma sambung lagi...K!!!
ALLAH ~ Through You, With You, In You, From You ~ Do I found Thee !!! ( Laa Haula Walaa Huata illabillahi Alieyi Azhiim. ) ~ (This blog is created to share my Wisdom with the Seekers in understanding oneself through Tasawwuf ~ T (tawbah/repentance),S (safa/peace&joy),W(wilaya/state of sanctity of the lovers),F(fana/state of nothingness).The Truth is always present !! )
30.10.10
KENAPA HATI ??? (UNCONDITIONAL LOVE)
Kenapa yaa, Allah mempamerkan WajahNya sebagai lambang Hati (sekiranya kita dpt.melihat) diciptaanNya ?? Apa ada pd hati? Hati mau baik ..be!! Fuuh...mcm mcm!
Kita kan rasa kagum, rasa tersentuh dihati sekiranya diperlihatkan kalimah Allah di badan ikan, dibatu,dihaiwan, di di....... ahhhh mana2 lagi lah..Di perlihatkan juga gambaran batu berbentuk spt solat,sujud (mengenai rahsia solat,akan Kak Ma kupaskan nanti yaa.. sod baa rho!!he he ). Semua ini Allah meminta kita renungi apa rahsia di sebalik simbol2 yg dipertunjukan.Hakikatnya : Atas alam ini, yang dipertontonkan adalah simbol2 yg perlu kita cari dan kupaskan teka teki atau jawapannya. Rukun Islam yg lima pun adalah simbolik yg perlu di cari teka tekinya.(Nak Kak Ma kupaskan rahsianya juga ke??)Wait seminit.....kita bincang kenapa Hati ya! Allah ialah nama tuhan kita yg bersifat Ar Rahman(Pemurah, Pemberi) , Ar Rahiim(Pengasih, Penyayang). Sooo....Dia tunjuklah lambang Kasih SayangNya kepada kita!!!! Itu aja.....ya ke itu aja?? Tak Tau Tanya Jangan Nganga!!!Hmm....bukan itu saja, Dia letak lambang2 tu bukan sia2, setiap yg ada di muka bumi ini tidak diberi tanpa sebab.Korek2, jgn korek hidung, koreksi diri untuk tahu rahsiaNya. Macam mana nak korek pada diri ?? Soalan baik ni.....jawapannya.... mujahadah, taffakur, meditate atau fokus !!!!! Macam mana lagi????Nanti eek, Kak Ma bagitau caranya.No shortcut to everything walaupun zaman teknocoli.Kita ni dilahirkan untuk menjadi Khalifah (Pengganti)kepada Allah!!! Pasal apa Dia kena ada penganti no, tak boleh kah Dia buat sendiri? Sedangkan Dia yg Maha Berkuasa!Ish, Ish awat hang tanya soklan ni??
Sat nak habaq kat hangpa.....Allah cipta alam ini untuk Dia lihat sendiri akan kasih sayangNya dan insan mana akan berkehendak untuk mengenal Dirinya. Ciptaan pertamaNya ialah........ooi panjang lebaq, nanti Kak Ma continue dlm. episod akan datang. Sebab laa ni nak outing ngan anak dan cucu....makan2 dan shopping2. 2 B Continued..

27.10.10
DIRI YG SEMPURNA (INSAN AL KAMIL)
Pengalaman ini Kak Ma perolehi semasa dalam pengamatan atau masa Kak Ma renungi akan diri sendiri. Ini kerana terfikir Kak Ma kenapa Allah mengatakan bahawa "Ke arah mana sahaja kamu memandang, WajahKu ada disitu",sedangkan Allah adalah zat yg ghaib tetapi setahu Kak Ma essence (pati - jika pd manusia bolih digelar sifat)Allah yg kekal dn tak berubah pasti di perlihatkan.Cuma atas keinginan dan kehendak, kita dapat melihat. Ini akan adik2 faham bila adik2 mahu mengikuti penjelasan dr Kak Ma seterusnya dan seterusnya.Perlahan2 atau sedikit kita perolehi akan memberi menafaat kepada diri. Ok, sekarang ni mari kita perhati diri kita sendiri. Untuk menjadi satu manusia yg sempurna memerlukan anggota2 berpasangan. Dua mata, kening,telinga, hidung (2 lubang),mulut (2bibir) dan lain2, juga otak(kiri kanan).Cuba cantumkan kedua2 anggota2 ini, bentuk apakah yg terhasil. Yaa....pandaipun adik2 Kak Ma. Jawapannya: bentuk hati atau LOVE.!!!! Bukan pd anggota aja tapi perhati juga kedudukan kita apabila kita bersila, pada tangan yg berdoa,kedua payudara,kedua kening hingga kedagu,kedua bibir,lidah,kedudukan semasa bersalin,(juga waktu "bersama " - yg dah kahwin faham lah kan?),pada' tuut'(perempuan),pd 'tuut'(lelaki = yg sudah dikhatan),perhati2kan lah, pasti terlihat bentuk yg satu iaitu hati. Perhatikan juga pada daunan,buah2an,haiwan,walaupun pd ular tetap punyai bentuk ini.Disini Kak Ma nak share satu pengalaman. KakMa ada bela kucing 13 ekor dan anak2 amat sayangkan kucing2 ni.Bila ada yg mati menangislah kami anak beranak. Mau tidaknya, kucing2 ni macam dah mengerti kasih yg kami curahkan.Mengikut arahan (uu uhh kat bilik air),renung bila anak2 Kak Ma bercakap, bila dipanggil terus berlari kemari walaupun telah merayau kedlm hutan. Kucing2 yg mati ni Kak Ma tanam di tepi pokok betik dan dapat dilihat dari atas rumah Kak Ma.Satu hari Kak Ma termenung dan pandang kearah 'kubur' kucing2 tu, sekali tengok rumput yg naik diatas kubur tu berbentuk hati. Ya Allah....terus Kak Ma tunjuk kepada anak2 , inilah hasil kasihsayang antara kita dengan kucing2 ini.Hebatnya Allah!!!
25.10.10
Doa SiButa
Doa ini sebenarnya adalah hajat seorang perempuan buta yg berkehendakkan pengetahuan mengenai jln ke makrifatullah daripada Rasullallah.Walaupun buta namun hatinya celik pada pandangan Allah.Untuk itu kita disarankan punyai hati yg berkehendak /berkeinginan yg ikhlas.
Disini Kak Ma berikan doa ini supaya dapat dihafal dan Allah sahaja yg memperkenan hajat kita.Biarlah hajat kita cuma pada Dia sebagaimana doa ini : Illahi Anta Maksudi Wa Redhaka Mathlubi (Illahi Engkau Yg Ku Maksudkan dan Keredzaan Mu Yg Ku Harapkan).
Celik matahati bermaksud agar kita perolehi pengetahuan tentang kerohanian.Siapa diri, siapa Allah,siapa Rasul,apa itu Islam, kenapa wajib menjalankan Rukun Islam dan bagaimana untuk menjadi khalifah yg dituntut Allah daripada kita.Janganlah kita persiakan keujudan kita dimuka bumi ini. Kita telah diberi segala ilmu baik hal ehwal duniawi juga yg bathin. Namun kelalaian membuat kita lupa dan alpa dengan kebendaan. Jadikan lah diri kita bagai kelapa yg berguna dari akar, pokok,daun,buah,sabut,tempurung,isi jua airnya kerana itulah nilai diri Insan. Kak Ma akan terangkan segala yg Kak Ma tahu serba sedikit ilmu yg Allah kurniakan ini. Dengan izinNya jua. Laa Haula walaa Quwata illa Billah Hil Alii yill Aziim.

Subscribe to:
Posts (Atom)