3.5.11

HAJ KE MEKAH ~ RUKUN ISLAM KELIMA

RUKUN ISLAM YG KELIMA INI HANYA DAPAT DITUNAIKAN OLEH YG BERKEMAMPUAN DARI SEGI KEWANGAN DAN FIZIKAL
 Kenapa yg terakhir:- Di Mekah lah akan terbongkar segala rahsia mengenai kehidupan manusia,kunci kepada pengenalan diri insan, perhubungan dengan rasullullah dan Allah. Ia adalah kesimpulan kepada kesemua Rukun Islam.
Inilah sebab diwajibkan keatas setiap muslim supaya ke Mekah demi mencapai/memperolehi Haj (tujuan) yg sebenar iaitu pembongkaran makrifatullah. Jika yg berselindung telah dinyatakan sebelum mengerjakan Haj, maka lebih jelaslah mata hati menghadap Allah, kerana dimana kita memandang disitu wajah Allah.
 (Perlukah kak Ma bongkarkan sir terbesar ini ? Ingat, setiap perlakuan saperti saeii, melontar di Jamrah, bermalam di Pdg Arafah,tawaf mengelilingi kaabah adalah simbolik yg perlu dicari pengertian disebaliknya.)
 Tiada satu pun perbuatan Allah adalah sia2, begitu juga yg diciptaNya.Seperti juga berdebat,berhujah dlm. mahkamah, Rukun Islam kelima ini adalah pergulungan dari Rukun2 Islam semuanya .Tiada lagi yg lebih jelas dari apa yg akan dibongkarkan .Bukalah mata, minda dan punyailah pintu hati yg inginkan HAJ (tujuan) ini.
 Terimalah kasihsayang Allah.....alhamdullillah.  Raikan cinta.

 (Akan Kak Ma kupaskan satu persatu mengenai saeii,melontar,bermalam (muzdalifah),bertawaf, insyaallah.........spt. mengupas durian, dan sediakan isinya untuk dijamah, begitu senang, kan kan??? Tapi untk memahaminya ,Allah yg izinkan).

No comments: