BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM ( DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI).
Pengertiannya: DENGAN NAMA (serulah dari mana2, 99 nama2 yg terpuji) milik ALLAH (Al : Tunggal, Ilah : Tuhan / kuasa) YG MAHA (Tiada tandingan) RAHMAN (Pemurah, sentiasa memberi tanpa syarat) RAHIIM (Pengasih,pemaaf, penuh kecintaan)
Allah menjadikan kalimah ni sebagai senjata,pelindung,mendapat berkat/restu/penuhi hajat apabila diri disertai kalimah ini dalam setiap perbuatan. INGAT, setiap ajaran Rasulullah ada rahsia, ada maksud yg tersirat yg perlu di singkap dan amat memberi menafaat kpd diri.
Caranya: Tafakur/khalwat/beri tumpuan. Pejam mata (untuk memberi tumpuan sepenuhnya), duduk bersila,jari2 tangan dirapatkan dan ibu jari menggenggam jari telunjuk.(akan Kak Ma ceritakan rahsia kenapa kedudukan jari2 harus begini).Baca bismillahirahmanirahiim berkali2 perlahan2 dengan setiap nafas keluar dan masuk. Fahami ini: Allah memberi (rasai pd diri menerima) kasih sayang (yg memenuhi ruang tubuh/diri dengan kecintaan Allah), kasih sayang yg teramat indah, tiada tandingan, penuh kerinduan, memenuhi sanubari.Rasai nikmat (feel yg perlu disimpan dihati) yg dapat menukarkan diri kepada kebaikan, DAN seterusnya mengubah diri menjadi Pemurah,Pemberi dan Pengasih, penuh simpati dan melakukan sesuatu kerana Ihsan dan (tertanggallah ego ,sikap yg keji). Maka jadilah setiap yg dilakukan KERANA Allah, Dari Allah, Kepada Allah,Dengan Allah,Berserta Allah (ikhlas dengan kasih sayang). Apabila feel ini (Ihsan) mengandungi Kecintaan Sejati , maka kasih sayang Allah tanpa syarat diperlakukan kita (insan) dan jadilah kita insan kamil (sempurna) seperti kehendak Allah iaitu menjadi KHALIFAH (penggantiNya) dan tersebarlah kasih sayangNya diatas bumi ini. Marilah bersama2 kita cari diri kita (kekasih2 Allah), didalam diri kita supaya kehendak Allah (KasihNya) disebarkan dlm.setiap perlakuan . Amin (Perkenankan lah/Makbulkanlah.) Terima Kasih ( receive and give love). Terima kasih Allah! Raikan Cinta.
No comments:
Post a Comment